Anak belajar sambil bermain bersama Oyen
120 game BM & English untuk umur 3–10 tahun: matematik, membaca, sains, kod robot dan kreativiti.
Dibina untuk anak, dipercayai ibu bapa
Setiap game ada 3 tahap kesukaran mengikut umur, dan soalan dijana rawak supaya setiap kali main berbeza.
Belajar ikut umur anak
Daripada mengira bola benang untuk anak 3 tahun hingga sifir, pecahan dan kod robot untuk 10 tahun.
- 🔢Matematik: nombor, tambah tolak, sifir, duit & jam
- 🔤Membaca: huruf, suku kata BM & perkataan English
- 🔬Sains & teknologi: magnet, litar, tumbuhan, angkasa
- 🔊Setiap soalan boleh dibacakan oleh Oyen


Oyen membesar bila anak belajar
Setiap game memberi ikan dan bintang. Anak memberi Oyen makan, memandikannya dan melihat Oyen membesar hingga Oyen Legenda.
- 🎁Ganjaran sebenar yang anda tetapkan, diisi dengan misi
- 🎴Album sticker, kedai aksesori & misi harian
- 🔥Streak harian supaya anak rajin kembali belajar

Main bersama adik-beradik
Main Bersama: 10 game untuk 2–4 pemain pada satu telefon atau tablet. Letak di atas meja dan duduk mengelilinginya.
- 🪢Tarik tali matematik, kuiz pantas, ular tangga ilmu & lagi
- 🎮10 game 3D: roket, kebun, memancing, magnet & litar
- 🤖Main seorang? Lawan Oyen


Ibu bapa tenang
Ruang Ibu Bapa dikunci dengan PIN 4 digit. Anda tetapkan had masa, lihat laporan kemahiran dan urus profil anak.
- ⏱️Had masa skrin harian
- 📊Laporan kemajuan ikut dunia & kemahiran
- 🔒Tiada iklan, tiada sembang, tiada pembelian dalam game
Bayar sekali. Main selamanya.
Tiada langganan bulanan. Naik taraf bila-bila masa dan bayar beza harga sahaja.
Belum pasti? Cuba 6 game percuma dahulu. Semua pakej termasuk 10 game 3D & 10 game Main Bersama.
Soalan lazim
Bagaimana pakej dibuka selepas bayar?
Anda log masuk dengan Google sebelum bayar. Selepas bayaran berjaya, buka Dunia Oyen dan log masuk dengan akaun Google yang sama — pakej terus aktif. Pakej, PIN Ruang Ibu Bapa dan resit juga tersenarai di Akaun saya.
Boleh guna di berapa peranti?
Log masuk dengan akaun Google yang sama di telefon dan tablet keluarga. Kemajuan setiap anak disimpan dan diselaraskan.
Perlu muat turun dari Play Store atau App Store?
Tidak. Dunia Oyen dibuka dalam pelayar dan boleh dipasang di skrin utama (Android, iPhone, iPad, komputer). Selepas dibuka sekali, boleh dimain tanpa internet.
Berapa ramai anak boleh guna?
Sehingga 4 profil anak, masing-masing dengan Oyen, kemajuan, ikan dan had masa sendiri.
Adakah data anak selamat?
Kami hanya menyimpan nama panggilan, umur dan kemajuan permainan. Tiada iklan, tiada sembang dan tiada maklumat anak dijual. Baca Dasar Privasi.
Bagaimana jika saya tidak berpuas hati?
Lihat Polisi Pemulangan Wang. Hubungi kami dan kami akan bantu.
Kongsi Dunia Oyen, dapat komisen
Daftar sebagai affiliate dan dapat komisen bagi setiap jualan melalui pautan anda.